Perlindungan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Kebebasan bekerja untuk pelarian daripada Filipina di Malaysia

Menurut UNCHR[4], pelarian Filipina yang datang ke Malaysia adalah disebabkan oleh isu pe perangan dan pencabulan hak-hak asasi manusia atas hasil undang-undang negara berat sebelah yang diamalkan oleh kerajaan negara tersebut. Oleh yang demikian, UNCHR telah mengendalikan isu ini untuk melindungi para pendatang asing tersebut terutamanya mereka yang ingin mencari pekerjaan tanpa dokumen yang sah di Malaysia.

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja - Soalan-soalan Lazim[5].

Seterusnya, kerajaan Malaysia turut memberi sokongan yang tuju kepada PATI yang datang ke Malaysia terutamanya kepada individu yang ingin bekerja. Kerajaan Malaysia telah menetapkan program dibawah penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dikenali sebagai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja[5]. Program ini bertujuan untuk membantu PATI untuk memperoleh pekerjaan dalam perbagai bidang yang memerlukan kemahiran rendah dan separa tinggi seperti dalam kerja-kerja perkilangan, perindustrian, perkhidmatan pelanggan dan lain-lain mengikut kelayakan yang ditetapkan. Program Rekalibrasi Tenaga Kerja ini mempunyai kriteria pengambilan pekerja yang sangat ringan untuk memudahkan PATI mencari majikan untuk memohon pekerjaan dalam sektor berkaitan.

Selain daripada itu, kelayakan yang membolehkan seorang PATI untuk bekerja di Malaysia dengan sah juga adalah terbuka kepada PATI yang berumur 18 tahun dan ke atas. Perkara ini adalah untuk memastikan majikan tidak mengambil kesempatan atas pengambilan buruh bawah umur dan untuk mengawal pemberian gaji yang setara dengan undang-undang pembayaran pendapatan yang dilaraskan oleh Kementerian Sumber Manusia di Malaysia. Hal ini juga penting untuk dititikberatkan agar PATI dapat diberi kesempatan yang baik apabila bekerja.

Perlaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja ini adalah untuk memberi kebebasan kepada warganegara asing untuk bekerja di Malaysia mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Lebih daripada 100 majikan di seluruh Malaysia yang sanggup memberi kesempatan kepada PATI untuk bekerja dalam sektor perniagaan mereka dengan cara yang betul [6].

Secara keseluruhannya, kebebasan bekerja untuk PATI Filipina adalah tidak terhad sekiranya mereka mengikut sistem pengambilan pekerja yang sah dan selaras dengan undang-undang Malaysia. Mahupun liputan yang negatif terhadap isu ini, badan berkuasa JIM telah mengambil langkah-langkah yang lebih insklusif untuk membantu PATI Filipina mendapat peluang pekerjaan di Malaysia tanpa mengancam pendudukan mereka di negara ini. Dengan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam, PATI juga boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk bekerja dan mengelakkan masalh dengan kerajaan Malaysia.